Friday, July 4, 2008

Minyak, Liwat, DSNTR, DSAI

Assalammualaikum W.B.T.

Salam sejahtera dan semoga semua dalam sihat dan bahagia bersama keluarga dan tersayang. Apa pun keadaan yang sedang kita hadapi, aku harap semua tetap cekal dan ceria untuk berusaha dalam menjayakan cita-cita dan harapan kita.

Minyak Naik.

Liwat Naik.

DSNTR Nafi.

DSAI Nafi.

Semoga kita = RAKYAT = MAKKAL tetap berusaha dan tekun dalam menjalani hidup ini. Ya Allah Ya Tuhan Hamba mu yang kerdil ini mintak petunjuk dan meminjam kudrat iradat Mu dalam menghadapi semua ini.

Marilah kita RAKYAT MALAYSIA bersatu dan bersama-sama membaiki kelemahan diri dalam meneruskan hidup ini. Hentikan semua perselisihan faham dan kemomokan taksub ke atas pemimpin yang hanya manusia biasa.

Yang patut letak jawatan - letak jawatan. Contohi DSOKT dan DSCKC. Tindakan mereka ini perlu diberi penghargaan. Bukan senang untuk seseorang mengakui kesalahannya tetapi pemimpin adalah manusia biasa. Manusia biasa tidak terkecuali kepada kesalahan.

Mengenai minyak naik, pemimpin mesti menunjukkan teladan, jika mahu rakyat ubah cara hidup, saya mengesyorkan Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk semua tunjuk teladan yang baik terlebih dahulu. Jualkan semua kereta yang tidak digunakan. Duit jualan didermakan kepada rakyat yang termiskin. Jualkan semua pakaian dan barang kemas yang tidak terpakai dan duitnya diberikan kepada anak-anak yatim. Jualkan segala-gala harta benda yang menunjuk-nunjuk dan dermakan kepada orang-orang miskin yang sememangnya ramai sekarang selepas kenaikan minyak ini.

Ini pun tidak mencukupi tetapi ianya adalah langkah pertama yang boleh kita usahakan dalam membantu manusia-manusia yang kurang berkemampuan.