Tuesday, November 25, 2008

Melayu? Islam? Malaysia?

Dimana kita? Siapa kita? Kenapa kita dilahirkan pelbagai? Kenapa Allah S.W.T. tidak melahirkan kita satu umat sahaja?

Khalifah? Apa itu menjadi khalifah di muka bumi? Adakah kita faham, manusia diturunkan ke muka bumi ini sebagai ketua ataupun pemimpin di muka bumi?

Melayu? Kenapa Allah SWT memilih orang Melayu menjaga Tanah Melayu? Apakah tanggungjawab orang Melayu dalam mengangkat ketamadunan Kepulauan Melayu ini? Di mana letaknya tanggungjawab ini sekarang? Orang Melayu, Bangkitlah! Sedarlah!

Kepada sahabat-sahabat yang telah lama diulit mimpi yang lena dalam alpa, sampai bila kita mahu tidur dan di dalam angan-angan? Orang lain terang-terangan mengambil kesempatan dalam kealpaan kita. Adakah kita mahu orang lain mengambil kesemuaannya dan tinggalkan hanya tulang-tulang sahaja kepada kita? Tanyalah dibenak sanubari kita?

Sampai bila kita hendak diratah dan dimamah sedemikian rupa? Dunia ini adalah sementara, tiada yang kekal, maka janganlah kita leka dan terus lupa akan tanggungjawab dan amanah kita sebagai KHALIFAH di BUMI BERTUAH ini yang dinamakan TANAH MELAYU.

Atuk, nenek, abah, mak, abang, kakak, adik, saudara mara, sahabat taulan... BANGKIT! SEDARLAH! Kita sudah ketinggalan... CEPAT! TANGKAS!.... BERTINDAK!!!!

JANGAN BIARKAN ORANG LAIN MEMPERMAINKAN ISLAM, BANGSA MELAYU dan TANAH MELAYU!!!

Sunday, November 2, 2008

Razak bebas? Siapa yang tak bebas?

Assalammualaikum w.b.t.,

Salam Sejahtera,

Dalam dunia sekarang semakin kusut digenggam masalah ekonomi, ada manusia yang berjaya keluar dari digenggam pengaruh yang luarbiasa..

Dalam kita sedang mula ingin mengetahui apa yang berlaku ke atas pengaruh ekonomi Amerika dan Eropah ke atas Malaysia yang tercinta ini, keluar satu episod baru dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu, iaitu pembebasan Abdul Razak Baginda, pakar politik or so called the insider in Malaysian Politics...

Razak yang satu ini, at one time have a own talk show, i dont remember, but i do enjoy the show, even i do think the goverment have a hand in the content of the show. Macam Oprah lar, tapi Razak buat the show with political content for flavour.

Aku sebenarnya tak berapa ingat the show tapi aku tahu dia ini suka berdiri bila buat the talk show... Something i see as he dont want the audience to make judgement of him but focus on the panel or the content of the day... Kira mamat ni ada kepakaran lar in dealing with this talk show genre... Aku paling benci talk show asyik tunjuk muka host yang lawa or hensem tapi content tah hapa hapa ntah...

Saying about Malaysia Politics up until now only every 4 or 5 year on national elections that i would care the politics... If not aku pun tak berapa kisah. Politics for me, is like sauce or kicap... Without it we still can eat but tak sedap lar... So, "Mamak, mana sos?"

Cerita pasal makan, Malaysia ini kelakar sikit character, you may find we have a lot of food varieties but i do feel some people not doing the right way... They just want to gain more money went venturing this food and beverages business... Ada hari dapat lar kedai yang betul-betul sedap.. Tapi sadly, most of the days, tak sedap and mahal, sebab aku memang orang KL (pronounce Kay-H-Ell) terus charge lain harga...

Last two weeks, aku kat KB, dah lama sangat tak datang KB, tah 1993 kot... KB banyak berubah... Kira dah ada night life tuh... I was at the stadium mohamad ke 4 area.. Frust pasal nasi kukus yang famous tutup, so aku gi at the new food court there. We ordered Nasi Goreng Padprik, but what we get is Nasi Putih, and daging masak kicap... tapi charge by RM5 for it... What puzzling me, kat KL, nasi goreng padprik pun tak RM5... Pelik tapi benar... Whatever dah makan, kenyang. No complaint about the cooking, tapi at least dah tahu tempat awak banyak tourist datang at least make some effort paham orang luar berkecek...

I do feel we Malaysian still arrogance to our mother tongue, tak nak belajar bahasa lain, as for me, i am still learning tamil and mandarin... Kekadang suka mamak tu bila aku order air in tamil.. Siap balas in tamil but most of the time aku surrender tak paham... I am very grateful, i am born in this diverse and harmony country... May Allah S.W.T. protect all the rakyat and give us the blessing we need in going through this tough time for most of us.


Friday, July 4, 2008

Minyak, Liwat, DSNTR, DSAI

Assalammualaikum W.B.T.

Salam sejahtera dan semoga semua dalam sihat dan bahagia bersama keluarga dan tersayang. Apa pun keadaan yang sedang kita hadapi, aku harap semua tetap cekal dan ceria untuk berusaha dalam menjayakan cita-cita dan harapan kita.

Minyak Naik.

Liwat Naik.

DSNTR Nafi.

DSAI Nafi.

Semoga kita = RAKYAT = MAKKAL tetap berusaha dan tekun dalam menjalani hidup ini. Ya Allah Ya Tuhan Hamba mu yang kerdil ini mintak petunjuk dan meminjam kudrat iradat Mu dalam menghadapi semua ini.

Marilah kita RAKYAT MALAYSIA bersatu dan bersama-sama membaiki kelemahan diri dalam meneruskan hidup ini. Hentikan semua perselisihan faham dan kemomokan taksub ke atas pemimpin yang hanya manusia biasa.

Yang patut letak jawatan - letak jawatan. Contohi DSOKT dan DSCKC. Tindakan mereka ini perlu diberi penghargaan. Bukan senang untuk seseorang mengakui kesalahannya tetapi pemimpin adalah manusia biasa. Manusia biasa tidak terkecuali kepada kesalahan.

Mengenai minyak naik, pemimpin mesti menunjukkan teladan, jika mahu rakyat ubah cara hidup, saya mengesyorkan Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk semua tunjuk teladan yang baik terlebih dahulu. Jualkan semua kereta yang tidak digunakan. Duit jualan didermakan kepada rakyat yang termiskin. Jualkan semua pakaian dan barang kemas yang tidak terpakai dan duitnya diberikan kepada anak-anak yatim. Jualkan segala-gala harta benda yang menunjuk-nunjuk dan dermakan kepada orang-orang miskin yang sememangnya ramai sekarang selepas kenaikan minyak ini.

Ini pun tidak mencukupi tetapi ianya adalah langkah pertama yang boleh kita usahakan dalam membantu manusia-manusia yang kurang berkemampuan.



Thursday, May 15, 2008

Antara Dua Darjat?

Assalammualaikum w.b.t.,

Kepada ayahanda, bonda, kekanda dan adinda semua.. Semoga semua tak bosan dengan kebanjiran cerita mengenai seorang orang bernama YB (Yang Bongkak) Karpal Singh.

Satu benda mengenai media main stream negara kita, memang dah tak ada banyak isu. Kalau statement orang pembangkang aka kerajaan pakatan rakyat, memang akan dijaja semacam memberi only bad reviews. Tapi hari ini, Utusan Malaysia 15 Mei 2008, muka hadapan, memberi satu peluang YAB (Yang Amat Bingung) Dato' Seri Najib Tun Razak, membuat penjelasan panjang lebar.

Adakah, saya ulang, Apakah? Ini cara media main stream memberikan peluang pada satu pihak menghujah tentang salah laku atau salah tanggapan orang ramai terhadap individu tersebut? Kata satu memanda menteri, nak beri peluang 'fair press and people aka 'Rakyat' aka Makkal to give their sincere views'...

Semoga kita jangan terus memberi simpati kepada sesiapa yang nak cari simpati kat akhbar main stream... Nak betul2 beri penjelasan, turun court, bagi statement. Being the man behind every big defense contract, please don't tell the Rakyat that you don't have an inkling what the story behind the controversy.

Fair Play in Football, but is there any Fair Press in Malaysia Mainstream News?

Ntahhapahapntah*...

*= Simply Nothing... Really nothing...
Tong kosong! Tin Kosong! Whatever....






Thursday, May 8, 2008

OKT... Dah lama tak guna term ni...

OKT atau nama lebih manja Orang Kena Tangkap (masuk Lokap lar....) satu gelaran yang memang menjadi satu gelaran agak 'glamour' pada suatu masa dahulu di Era Reformasi Rakyat Malaysia 1997-2008 (sebelum 8 Mac)...

'Dah lama dah' adalah lagi satu ungkapan yang memang selalu bermain di telinga ini. Kita, rakyat Malaysia mesti masih ingat pada suatu masa dahulu, semasa perhimpunan agung 'alif miim nun wau', ungkapan ini diucap oleh pemimpin perdana pada ketika itu...

I feel that we are already far cry from those days, that we see every weekend, especially Saturday Noon, Kuala Lumpur, will be filled with the Reformist or so called lah... Some of the crowd were only of those that curious with the on goings...

Me, personally, would be the so called sympathisers... "Mesti lah, orang kena tangkap satu hal, kena pukul pulak tuh, tak adil", I over heard, the rumblings among the people there... My mom, in this particular time, reminded me so many times, do not go to KL at that time... But at that time, i was working at Subang Jaya, travel by KTM Komuter train, would be trapped in the middle of the mob. So as a saying, If u can't fight 'em, join 'em. As the hot blooded young man whom I am, i joined, until one incident...

One time, at Jalan Tun Perak, under the LRT rails, a mob is getting bigger... As too, the FRUs.. Federal Reserve Unit aka The Red Devils, as my friends called them. One of the Police Officers told the mob to disperse or meet the ill fate of the day...

I, for one minute saw this is not a good mob to be in, started to walk towards Jalan Silang... Then as i walking in fast pace, so do the Red Devils, as they beat the batons to their shields. I can't imagine the next move... As they the Red Devils started run and attacked our ill fated comrades, I and the others, run as fast as we can... I, at more than 100 kgs that time but out of nowhere come the natural instinct to run as fast. I saw people behind me being caught. But as some say, today is my day, so its truely, that day is my day. As i manage to cross the road to old HSBC near CM, the Red Devils stopped from crossing the busy road.

I, like most of the lucky ones, join the busy KL-ites in Central Market that afternoon. So the sad story of that event, taken place at the height of Reformasi, made me to thinks twice to join in the Mob again. Sadly, that is the last day people would see me in the Mob.

My mom, did'nt know what happened to me that day. But surely, i will follow her instinct. From then on, i would only go for the ceramahs and dialogs... It is not that seems that we are not doing anything for not joining the Mob on every other saturdays or sundays... But as I usually put in proper words, Sikit-sikit, lama-lama jadi Kerajaan...

Those day, OKT is like a must list to the reformist... Azmin Ali, Ezam Mohd Noor, Ustaz Badrul Amin, Tian Chua.. Many more...

My friends from the outside, will never know why we do it... But if you feel the unrest at that time, they will know the atmosphere those days... As i no longer feel DSAI is oppressed like he was last time, so do my feelings toward the road rallies... But i for one, still feel, street demos or fight* is the most vocal kind of fight for mankind.

Please, i beg to those in 'KUASA', to see and hear and please feel, what the rakyats pleas. Leaders are trees that rakyat would seek shelter under it. The 'KUASA' you have, is not for to inflict more pain, but it is to ease the sufferings that we endured all this life.

KUASA PADA PIMPINAN RAKYAT
Majulah Malaysia untuk rakyat Malaysia

*= bukan gaduh, gocoh or even timbuk, but Struggle or Perjuangan.


Tuesday, April 29, 2008

Isu Dana Balkis? Tanggungjawab, langgar lari atau ...

Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri (Wakil Rakyat) Selangor atau nama manjanya BALKIS sebelum ini kurang mendapat mileage dari segi kontroversinya. Tapi baru-baru ini terdapat dakwaan penyalahangunaan kuasa oleh pemegang kuasa BALKIS (bekas).

YAB Dato' MB Tan Sri Khalid disebut menganggap tindakan membubarkan BALKIS itu adalah tindakan TIDAK BERETIKA.

Pada fikiran kita (yang tidak pernah memegang tampuk persatuan yang boleh dikatakan persatuan BESAR), memanglah tidak wajar sebuah persatuan yang telah kukuh dan baik perjalanannya, dibubarkan semata-mata isu pertukaran politik.

Sebuah pertubuhan bukan mengaut keuntungan (NGO) tetapi membantu ahli atau bukan ahli adalah satu pertubuhan yang patut dijaga dan urus dengan rapi. Kenapa perlu kepada tindakan tergesa-gesa ahli jawatankuasa yang berkuasa untuk menutup sebuah entiti yang baik ini?

Setahu kita lah, adakah semata-mata kita takut orang yang selepas kita akan melakukan tidak baik kepada persatuan kita, kita nak tutup terus persatuan kita? Adakah supaya orang yang merancang untuk memegang tampuk persatuan kita, tak dapat pegang. Pegang? Apa kuasa atau tampuk pada kita? Adakah kuasa itu mutlak pada kita sahaja?

Apakah kita tiada tanggungjawab dalam hal ini? Adakah kita mesti assume sahaja orang yang nak meneruskan tanggungjawab ini sebagai orang yang tidak bertanggungjawab? Dah kenal ker? Belum kenal dah buat assumption tentang orang lain?

Tindakan kita yang suka membuat tanggapan terhadap orang lain memang saya nampak agak jelik... Tapi selalunya saya sendiri yang buat tanggapan itu... Padan muka saya...

Tapi tindakan menutup satu pertubuhan yang baik dan murni, hanya kerana bakal pimpinan baru adalah dari kalangan berlainan pendapat dari segi politik merupakan tindakan yang boleh dipertikaikan....

Jelik sangatkah kita pada zaman accountability and corporate governance, kita masih memandang rendah pada orang lain tanpa usul periksa? Ada orang cakap, BALKIS ada lawyer and legal adviser... Tapi tak mention pulak external auditor or pemeriksa kira-kira luar?

Jangan main isu yang masih tidak timbul, banyak perkara yang boleh kita bincang dan baiki... Kenapa isu dana BALKIS yang kita nak timbul... Kerajaan baru mesti ambik peranan memperbaiki loophole yang ada sekarang dalam mana-mana persatuan... Kalau macam itu, UMNO boleh tutup kerana takut the next generation of leaders akan menyalahgunakan kuasa... Boleh ke macam tuh?

Mana lah tahu, the next generation ini adalah di kalangan yang berlainan idelogi politikus nya... Dan dana UMNO boleh kita salurkan kepada tempat lain yang lebih tinggi dari BAKTI...

BAKTI disemai, BUDI dituai...



Monday, April 14, 2008

Projek Ternak Babi Besar-besaran (PTBB) Di Sepang, Selangor

Satu lagi projek 'Kerajaan Baru' Negeri Selangor... Ye ker?

Aku pun tak faham apa yang benar-benar berlaku dengan cerita PTBB ini. Adakah ianya projek kerajaan lama aka BN atau projek kerajaan baru aka PR?

Yang satu kata nak teruskan projek yang telah diluluskan oleh kerajaan lama, yang satu kata projek yang diluluskan adalah projek yang lebih kecil.

Maksudnya apa tuh? Ada ke tak ada? Kalau ada, jadi apa masalahnya kalau nak tingkatkan produktiviti... Adakah mereka yang marah kepada PTBB ini kerana tak dimajukan oleh kerajaan lama ke atau kerana ianya dimajukan oleh kerajaan baru?

Tapi kalau marah pasal 'environmental conseqeunces' jadi boleh ditimbangkan. Tapi kalau pasal tak 'masyuk', so sendiri mau ingat lar... 'Harapkan pagar, pagar makan padi', jugak lah...

Ada orang dalam MCA Negeri Selangor telah buka cerita yang sebenarnya PTBB ini bukan semata-mata untuk kepentingan orang-orang Tiong Hua tapi ada orang Melayu UMNO (yang bukan mudah lupa tapi agaknya sengaja terlupa) yang terlibat.

Bila dah Kasih pada kuasa dan duit ini yang menyebabkan runtuhnya orang Melayu. Melayu kategori ini patut diadili dengan betul. Kalau kerana keuntungan mereka maka semuanya boleh. Babi ke judi ke arak ke, semua boleh, janji ada sikit 'masyuk'...

Orang Melayu sekarang memang 'business savvy' tahap kalah orang Cina, orang Cina pun kekadang takut nak buat business kalau tak dapat restu 'Feng Shui' master mereka. "Tatak Ong, lah kawan" kata kawan saya berbangsa Tiong Hua.

Tapi orang Melayu ni tak kira semua tuh, janji masyuk kira ok-lah. Yang sedihnya, ada tak usaha kita dalam memajukan sesebuah industri yang orang Melayu ceburi? Kalau nak ternak babi boleh pulak mengkaji sistem perternakan babi sampai ke Jerman. Aku rasa orang Cina pun tak pergi ke sana.

Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Sepang pun nak berhenti kerja pasal projek tuh. Ye ke nak berhenti kalau PTBB diteruskan ke atau pasal tak masyuk?

Walaupun aku tak pernah dapat banyak duit, tapi aku faham benar kenapa orang sanggup buat apa sahaja hanya untuk mendapat duit. Tapi aku seru diri aku dan kengkawan, janganlah pasal duit kita sanggup buat apa sahaja, walaupun akibatnya anak cucu kita yang tanggung.

Duit - Doa, Usaha, Ingat, Tawakal.

Ber-Doa sebelum buat Usaha untuk kita Ber-Ingat bila dapat, Tawakal kepada Allah S.W.T. dalam berusaha.

Amiinnnnn.................


'Jangan Berumah di Tepi Pantai, Kalau Takut Rumah di-Pukul Ombak.'


Wednesday, April 9, 2008

WHO APPROVED RM100 MILLION SEPANG PIG FARM

Lagi satu projek Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk memajukan negeri Selangor

(Ada macam cliche dalam poster BN, "Lagi Satu Projek Kerajaan BN"). Projek ternak babi ke khinzir, lembu ke, hatta kambing pun boleh, janji mesti mengikuti langkah-langkah atau prosedur menternak binatang ternakan.

Orang bukan marah ternak babi aka khinzir, tapi cara penternak buat kandang babi yang tak semenggah tuh. Air sisa atau najis binatang tuh disalurkan terus ke sungai, parit atau longkang yang memang bersambung ke sungai atau laut. Itu yang orang marah, bukan suka-suka marah.

No disrespect to our Chinese friends, please ask your pig farmers to look into possible ways to implement proper irrigations and sewer planning at their respective farms. I look this matter not in harms way but if we can do it in a proper and regulated farming techniques, there's no way pig farming is not good for our economy.

Lets us see this as a opportunity, not as a way to say "we hate babi"... In other word, if someone from other ethnic say bad things to our food, what we have to say? As a Malay Muslim, i don't thing rearing pigs in a regulated and inspected environment is a problem or a nuisance.

Dey... Melayu tak sedar diri, makan Riba' boleh, orang nak ternak Babi untuk kaum dia yang makan, korang sibuk apasal? Jangan sibuk judge 'people' by its cover...

Wassalam....

Monday, April 7, 2008

Mengenai Diri Ini....

Assalammualaikum W.B.T.,

Salam Sejahtera,

Kepada kengkawan, sahabat, orang kena tahan (OKT), pembaca, peminat, pihak berkuasa dan sesiapa yang terpanggil untuk membaca blog yang tak semenggah ini.

Ini merupakan cubaan pertama yang aku rasa terpanggil untuk keluar dari kepompong lama aku dalam 'so call' perjuangan ini. Blog... duh... aku rasa macam orang muda pulak nak join revolution ini. Walaupun aku terlambat dalam arena IT ini, harap kengkawan dan pembaca dapat memberi sokongan atau kutukan dalam cubaan ini.

Aku sebenarnya dah lama tengok trend 'so call' blogging nie. Ramai orang dah keluar meng-ekspresi diri melalui medium ini so aku pun terpanggil. Ntah, nak kata best sangat tu, takder aku pandai dalam menulis tulis nih.

Terpanggil kerana ramai kata ruang untuk kita orang muda tersekat untuk meng-ekspresi diri. Sebenarnya aku tak pernah meng-ekspresi diri kecuali bila dah marah atau tak puas hati, telepon kengkawan ajak minum. Situ keluarlah segala jembalang, rasa tak puas hati atau rasa bengang. Tu jer. Habis semua luahan rasa dah keluar, balik.

Tapi apa kesudahannya itu yang lebih penting, balik rumah, cuci kaki then tido...
Esok pergi kerja. Takder kesudahannya. Bila marah, proses tadi berulang balik. Tiada keputusan atau tindakan yang dibuat. Aku rasa macam lebih 31 tahun aku hidup, aku rasa kosong jer. Apa yang telah aku buat untuk kemajuan negara ini? Ntah, selain merugikan duit Mak Abah aku kerana tak habis belajar kat ITM hari tuh, aku rasa banyak benda yang boleh aku buat.

Asyik dengan satu impian untuk jadi orang kaya satu hari nanti. Kaya? Apa itu Kaya? Kaya untuk disapu kat roti untuk dimakan kelak? Ntah? Satu topik yang selalu bermain kat kepala tiap kali aku nak tidor? Bila la nak Kaya? Aku sekarang mencari rezeki dengan mengajak orang menyimpan duit dengan saham amanah di Public Mutual. Dulu orang kenal aku jual insurans dengan Takaful Ikhlas. Aku berhenti selepas cubaan untuk Mengelilingi Dunia dengan Berkayak. Pasukan aku masih dalam latihan, cuma tak dapat bantuan kewangan. Kaya? Banyak definisi... Kaya Duit, Kaya Harta, Kaya Budi, Kaya Kawan, Kaya Aweks (Kawan Perempuan)...
Ntah....

Mak aku risau aku tak kerja macam adik-adik aku yang berjaya. Ntah aku ni bebal kot...
Orang semua senang ada duit. Aku nak dapat RM 1000 pun susah. Nasib tak baik nyusah dia. Awek aku pun dah tinggalkan aku. Lambat sangat tunggu aku nak masuk meminang (mak aku dah jumpa mak dia, macam merisik lar) kot. Dah ada kerja jadi 'Events Coordinator' hari tuh berhenti pulak. Gaji RM1400 tapi tu lah, lepas jatuh motorsikal patah 4 tulang (1 tulang collar, 3 rusuk) aku rasa tak dapat kerja lasak sangat.

Kaya? Di mana rasa letak diri aku ini? Malam macam ini memang menyebabkan aku tertanya di mana letaknya harga diri aku ini? Adakah aku masih dalam mimpi? Di mana kenyataan hidup yang patut aku cari dan di mana hala tuju aku? Asyik tanya diri aku nak jadi apa? Kaya? Ntah... Di mana Kaya itu sebenarnya? Adakah Kaya itu ada? Kaya apa yang aku nak? Tolong lar aku... Betul ke yang aku kejar nih? Kaya... Betul ke fikiran aku ni, nak kejar Kaya?