Tuesday, November 25, 2008

Melayu? Islam? Malaysia?

Dimana kita? Siapa kita? Kenapa kita dilahirkan pelbagai? Kenapa Allah S.W.T. tidak melahirkan kita satu umat sahaja?

Khalifah? Apa itu menjadi khalifah di muka bumi? Adakah kita faham, manusia diturunkan ke muka bumi ini sebagai ketua ataupun pemimpin di muka bumi?

Melayu? Kenapa Allah SWT memilih orang Melayu menjaga Tanah Melayu? Apakah tanggungjawab orang Melayu dalam mengangkat ketamadunan Kepulauan Melayu ini? Di mana letaknya tanggungjawab ini sekarang? Orang Melayu, Bangkitlah! Sedarlah!

Kepada sahabat-sahabat yang telah lama diulit mimpi yang lena dalam alpa, sampai bila kita mahu tidur dan di dalam angan-angan? Orang lain terang-terangan mengambil kesempatan dalam kealpaan kita. Adakah kita mahu orang lain mengambil kesemuaannya dan tinggalkan hanya tulang-tulang sahaja kepada kita? Tanyalah dibenak sanubari kita?

Sampai bila kita hendak diratah dan dimamah sedemikian rupa? Dunia ini adalah sementara, tiada yang kekal, maka janganlah kita leka dan terus lupa akan tanggungjawab dan amanah kita sebagai KHALIFAH di BUMI BERTUAH ini yang dinamakan TANAH MELAYU.

Atuk, nenek, abah, mak, abang, kakak, adik, saudara mara, sahabat taulan... BANGKIT! SEDARLAH! Kita sudah ketinggalan... CEPAT! TANGKAS!.... BERTINDAK!!!!

JANGAN BIARKAN ORANG LAIN MEMPERMAINKAN ISLAM, BANGSA MELAYU dan TANAH MELAYU!!!

No comments: