Tuesday, April 29, 2008

Isu Dana Balkis? Tanggungjawab, langgar lari atau ...

Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri (Wakil Rakyat) Selangor atau nama manjanya BALKIS sebelum ini kurang mendapat mileage dari segi kontroversinya. Tapi baru-baru ini terdapat dakwaan penyalahangunaan kuasa oleh pemegang kuasa BALKIS (bekas).

YAB Dato' MB Tan Sri Khalid disebut menganggap tindakan membubarkan BALKIS itu adalah tindakan TIDAK BERETIKA.

Pada fikiran kita (yang tidak pernah memegang tampuk persatuan yang boleh dikatakan persatuan BESAR), memanglah tidak wajar sebuah persatuan yang telah kukuh dan baik perjalanannya, dibubarkan semata-mata isu pertukaran politik.

Sebuah pertubuhan bukan mengaut keuntungan (NGO) tetapi membantu ahli atau bukan ahli adalah satu pertubuhan yang patut dijaga dan urus dengan rapi. Kenapa perlu kepada tindakan tergesa-gesa ahli jawatankuasa yang berkuasa untuk menutup sebuah entiti yang baik ini?

Setahu kita lah, adakah semata-mata kita takut orang yang selepas kita akan melakukan tidak baik kepada persatuan kita, kita nak tutup terus persatuan kita? Adakah supaya orang yang merancang untuk memegang tampuk persatuan kita, tak dapat pegang. Pegang? Apa kuasa atau tampuk pada kita? Adakah kuasa itu mutlak pada kita sahaja?

Apakah kita tiada tanggungjawab dalam hal ini? Adakah kita mesti assume sahaja orang yang nak meneruskan tanggungjawab ini sebagai orang yang tidak bertanggungjawab? Dah kenal ker? Belum kenal dah buat assumption tentang orang lain?

Tindakan kita yang suka membuat tanggapan terhadap orang lain memang saya nampak agak jelik... Tapi selalunya saya sendiri yang buat tanggapan itu... Padan muka saya...

Tapi tindakan menutup satu pertubuhan yang baik dan murni, hanya kerana bakal pimpinan baru adalah dari kalangan berlainan pendapat dari segi politik merupakan tindakan yang boleh dipertikaikan....

Jelik sangatkah kita pada zaman accountability and corporate governance, kita masih memandang rendah pada orang lain tanpa usul periksa? Ada orang cakap, BALKIS ada lawyer and legal adviser... Tapi tak mention pulak external auditor or pemeriksa kira-kira luar?

Jangan main isu yang masih tidak timbul, banyak perkara yang boleh kita bincang dan baiki... Kenapa isu dana BALKIS yang kita nak timbul... Kerajaan baru mesti ambik peranan memperbaiki loophole yang ada sekarang dalam mana-mana persatuan... Kalau macam itu, UMNO boleh tutup kerana takut the next generation of leaders akan menyalahgunakan kuasa... Boleh ke macam tuh?

Mana lah tahu, the next generation ini adalah di kalangan yang berlainan idelogi politikus nya... Dan dana UMNO boleh kita salurkan kepada tempat lain yang lebih tinggi dari BAKTI...

BAKTI disemai, BUDI dituai...



No comments: