Monday, April 14, 2008

Projek Ternak Babi Besar-besaran (PTBB) Di Sepang, Selangor

Satu lagi projek 'Kerajaan Baru' Negeri Selangor... Ye ker?

Aku pun tak faham apa yang benar-benar berlaku dengan cerita PTBB ini. Adakah ianya projek kerajaan lama aka BN atau projek kerajaan baru aka PR?

Yang satu kata nak teruskan projek yang telah diluluskan oleh kerajaan lama, yang satu kata projek yang diluluskan adalah projek yang lebih kecil.

Maksudnya apa tuh? Ada ke tak ada? Kalau ada, jadi apa masalahnya kalau nak tingkatkan produktiviti... Adakah mereka yang marah kepada PTBB ini kerana tak dimajukan oleh kerajaan lama ke atau kerana ianya dimajukan oleh kerajaan baru?

Tapi kalau marah pasal 'environmental conseqeunces' jadi boleh ditimbangkan. Tapi kalau pasal tak 'masyuk', so sendiri mau ingat lar... 'Harapkan pagar, pagar makan padi', jugak lah...

Ada orang dalam MCA Negeri Selangor telah buka cerita yang sebenarnya PTBB ini bukan semata-mata untuk kepentingan orang-orang Tiong Hua tapi ada orang Melayu UMNO (yang bukan mudah lupa tapi agaknya sengaja terlupa) yang terlibat.

Bila dah Kasih pada kuasa dan duit ini yang menyebabkan runtuhnya orang Melayu. Melayu kategori ini patut diadili dengan betul. Kalau kerana keuntungan mereka maka semuanya boleh. Babi ke judi ke arak ke, semua boleh, janji ada sikit 'masyuk'...

Orang Melayu sekarang memang 'business savvy' tahap kalah orang Cina, orang Cina pun kekadang takut nak buat business kalau tak dapat restu 'Feng Shui' master mereka. "Tatak Ong, lah kawan" kata kawan saya berbangsa Tiong Hua.

Tapi orang Melayu ni tak kira semua tuh, janji masyuk kira ok-lah. Yang sedihnya, ada tak usaha kita dalam memajukan sesebuah industri yang orang Melayu ceburi? Kalau nak ternak babi boleh pulak mengkaji sistem perternakan babi sampai ke Jerman. Aku rasa orang Cina pun tak pergi ke sana.

Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Sepang pun nak berhenti kerja pasal projek tuh. Ye ke nak berhenti kalau PTBB diteruskan ke atau pasal tak masyuk?

Walaupun aku tak pernah dapat banyak duit, tapi aku faham benar kenapa orang sanggup buat apa sahaja hanya untuk mendapat duit. Tapi aku seru diri aku dan kengkawan, janganlah pasal duit kita sanggup buat apa sahaja, walaupun akibatnya anak cucu kita yang tanggung.

Duit - Doa, Usaha, Ingat, Tawakal.

Ber-Doa sebelum buat Usaha untuk kita Ber-Ingat bila dapat, Tawakal kepada Allah S.W.T. dalam berusaha.

Amiinnnnn.................


'Jangan Berumah di Tepi Pantai, Kalau Takut Rumah di-Pukul Ombak.'


No comments: