Monday, April 7, 2008

Mengenai Diri Ini....

Assalammualaikum W.B.T.,

Salam Sejahtera,

Kepada kengkawan, sahabat, orang kena tahan (OKT), pembaca, peminat, pihak berkuasa dan sesiapa yang terpanggil untuk membaca blog yang tak semenggah ini.

Ini merupakan cubaan pertama yang aku rasa terpanggil untuk keluar dari kepompong lama aku dalam 'so call' perjuangan ini. Blog... duh... aku rasa macam orang muda pulak nak join revolution ini. Walaupun aku terlambat dalam arena IT ini, harap kengkawan dan pembaca dapat memberi sokongan atau kutukan dalam cubaan ini.

Aku sebenarnya dah lama tengok trend 'so call' blogging nie. Ramai orang dah keluar meng-ekspresi diri melalui medium ini so aku pun terpanggil. Ntah, nak kata best sangat tu, takder aku pandai dalam menulis tulis nih.

Terpanggil kerana ramai kata ruang untuk kita orang muda tersekat untuk meng-ekspresi diri. Sebenarnya aku tak pernah meng-ekspresi diri kecuali bila dah marah atau tak puas hati, telepon kengkawan ajak minum. Situ keluarlah segala jembalang, rasa tak puas hati atau rasa bengang. Tu jer. Habis semua luahan rasa dah keluar, balik.

Tapi apa kesudahannya itu yang lebih penting, balik rumah, cuci kaki then tido...
Esok pergi kerja. Takder kesudahannya. Bila marah, proses tadi berulang balik. Tiada keputusan atau tindakan yang dibuat. Aku rasa macam lebih 31 tahun aku hidup, aku rasa kosong jer. Apa yang telah aku buat untuk kemajuan negara ini? Ntah, selain merugikan duit Mak Abah aku kerana tak habis belajar kat ITM hari tuh, aku rasa banyak benda yang boleh aku buat.

Asyik dengan satu impian untuk jadi orang kaya satu hari nanti. Kaya? Apa itu Kaya? Kaya untuk disapu kat roti untuk dimakan kelak? Ntah? Satu topik yang selalu bermain kat kepala tiap kali aku nak tidor? Bila la nak Kaya? Aku sekarang mencari rezeki dengan mengajak orang menyimpan duit dengan saham amanah di Public Mutual. Dulu orang kenal aku jual insurans dengan Takaful Ikhlas. Aku berhenti selepas cubaan untuk Mengelilingi Dunia dengan Berkayak. Pasukan aku masih dalam latihan, cuma tak dapat bantuan kewangan. Kaya? Banyak definisi... Kaya Duit, Kaya Harta, Kaya Budi, Kaya Kawan, Kaya Aweks (Kawan Perempuan)...
Ntah....

Mak aku risau aku tak kerja macam adik-adik aku yang berjaya. Ntah aku ni bebal kot...
Orang semua senang ada duit. Aku nak dapat RM 1000 pun susah. Nasib tak baik nyusah dia. Awek aku pun dah tinggalkan aku. Lambat sangat tunggu aku nak masuk meminang (mak aku dah jumpa mak dia, macam merisik lar) kot. Dah ada kerja jadi 'Events Coordinator' hari tuh berhenti pulak. Gaji RM1400 tapi tu lah, lepas jatuh motorsikal patah 4 tulang (1 tulang collar, 3 rusuk) aku rasa tak dapat kerja lasak sangat.

Kaya? Di mana rasa letak diri aku ini? Malam macam ini memang menyebabkan aku tertanya di mana letaknya harga diri aku ini? Adakah aku masih dalam mimpi? Di mana kenyataan hidup yang patut aku cari dan di mana hala tuju aku? Asyik tanya diri aku nak jadi apa? Kaya? Ntah... Di mana Kaya itu sebenarnya? Adakah Kaya itu ada? Kaya apa yang aku nak? Tolong lar aku... Betul ke yang aku kejar nih? Kaya... Betul ke fikiran aku ni, nak kejar Kaya?

1 comment:

Nizam Gtz said...

Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya... Redhalar atas segala ketentuanNYA...
Pasti kamu akan merasa bersyukur di atas rahmatNYA...